Seindah cintamu ep 1
Suasana malam yang mendamaikan tidak mampu untuk menenangkan jiwaku.Pada siapakah harusku luahkan isi hatiku?Aku bingung untuk menghadapi kenyataan amat berat untukku pikul.Suhu sejuk malam mengigit tubuh ku hanya berpakaian baju tidur nipis.Aku memerhati setiap sudut taman rumahku.Taman yang penuh dengan bunga-bunga hiasan ibuku yang kelihatan segar.Sejak dari dahulu lagi,ibu memang gemar menghiasi taman.Kata ibu ,bunga-bunga perlu di manja sama seperti manusia yang perlu sentiasa dikasihi.Sudah pukul 2 pagi,namun mataku degil ,masih berkeras untuk tidak tidur.Mungkinkah aku gementar untuk menghadapi hari esoknya yang seharusnya menjadi hari kebahagian setiap insan di dunia?Mana mungkin aku tidak gelisah,aku akan menjadi milik sah kepada seseorang yang tidakku cintai bahkan mengenalinya.Untuk berpatah kembali,sungguh mustahil.Walaupun hati ini berat namun harusku gagahi demi memenuhi hasrat ibu bapaku terutama sekali ibuku .Ada yang mengkhabarkan padaku bahawa insan yang bakal menjadi teman hidupku ini baharu sahaja pulang dari Australia setelah selesai mengakhiri pengajian dalam jurusan Engineering.Bakal suamiku seorang engineer?..Apa saja yang aku tahu tentang dia.Tiada kecuali dia seorang engineer.Sesuaikah dia dan aku??Inginku persoalkan tentang hatiku ,tapi pabila kulihat sinar kebahagiaan dimata ibuku,aku terus membatalkan niatku.Biarku pendam sahaja niatku itu.Insyallah ,Tuhan itu Maha Mengetahui.Kalau memang dia jodohku,aku harus menerimanya dengan sepenuh hatiku.
Keesokan hari,
Tinggal setengah jam lagi,aku bakal bergelar seorang isteri.Aku melihat wajahku yang sudah dihiasi dengan anggun oleh Mak Andam yang diupah oleh keluargaku.Hatiku berdebar-debar menanti masa .Pintu bilikku diketuk ,lantas kedengaran salam dari ibuku.Ibuku masuk ke dalam bilikku .Wajah ibuku kelihatan sungguh penat meskipun aku tahu ibuku cukup bahagia.Ibuku memandang wajahku sepuas hatinya.Ibuku berkata "Fiy,mak bangga dapat anak macam Fie,anak yang pandai,solehah, menurut kata .Lepas ni Fie dah jadi isteri.Jadi isteri ni bukan perkara mudah .Fie kena jaga suami Fie.Makan minum suami Fie ,jangan abaikan.Pesan mak,apa-apa Fie buat,Fie kena selalu ingat yang syurga Fie bukan ditapak kaki mak lagi,tapi ditapak kaki suami Fie.Mak yakin Fie akan bahagia dengan suami Fie."Aku terdiam mendengar kata ibuku.Kata-katanya menusuk hatiku.Aku terus memeluk ibuku,dengan harapan agar aku mampu meminjam sedikit kekuatan ibuku.
Masa yang ditunggu -tunggu sudah tiba,majlis akad nikah sudah berlangsung.Dihatiku,aku tekad untuk menjadi isteri yang solehah dan akanku curahkan setiap kasih sayang dan cintaku pada suamiku.Aku mendengar kata-kata nasihat Tok Kadi,mengenai ikatan perkahwinan.Aku melihat bakal suamiku yang kelihatan tenang dari jauh."Aku terima nikahnya Adriana Safiyah Bt Haji Aminuddin dengan mas kahwin RM 80 tunai."Mendengar ucapan itu,aku telah sah menjadi isteri lelaki bernama Danish Zafir bin Azlan.Sejurus itu,aku mencium tangannya dan dia mengucup dahiku.Airmata mengalir dari pipiku,menandakan kesyukuran aku keatas perkahwinan ini.Suamiku menyarungkan cincin di jari manisku.Kemudian sesi fotografi berlangsung.Selesai majlis akad nikah,aku dibawa ke bilik untuk menukar baju bagi jamuan makan.
No comments:
Post a Comment