Friday, November 5, 2010

Seindah cintamu ep 2

Baju kebaya merah hitam yang menjadi baju kahwinku mendapat pujian ramai.Jamuan makan yang ringkas untuk menjamu tetamu.Hatiku berdebar setiap kali aku berdekatan dengannya.Mataku tidak terlepas dari memandangnya.Mungkinkah ini yang dikatakan cinta selepas kahwin?Setelah selesai jamuan makan,aku mengikut langkah suamiku ke kereta.Mukanya kelihatan sungguh penat lesu.Sepanjang perjalanan ke rumah suamiku,suasana sepi menguasai keadaan kami di kereta.Tiba sahaja di hadapan rumahnya,dia mengeluarkan semua barangan dari bonet kereta.Aku mengangkat begku,untuk di bawa masuk ke rumah yang bakalku hidup dengannya seumur hidupku.Dia membawaku ke dalam bilik yang kelihatan kemas tetapi sedikit berhabuk.Khayalanku terhenti takala ku mendengar suaranya"Ni bilik awak."Dia terus berlalu tanpa menoleh kebelankang.Aku terduduk di atas katil bercadarkan sutera putih.Apakah ini yang harusku tempuhi?Ku kuatklan semangat hatiku,biarpun aku sedar aku bukan isteri pilihan  dia.Setiap suami akan jatuh cinta jua kepada isteri biarpun lama mana masa yang harusku tunggu.Aku akan memenangi hatinya.Itu nekad hatiku.Aku membersihkan diriku ,baju kebaya merah hitam itu ku simpan didalam almari.Aku turun dan terus ke dapur.Tepat seperti yang ku jangka ,peti ais langsung tiada barangan untuk dimasak.Haruskah aku memanggilnya?Aku tidak mahu menganggunya,namun pasti dia jua lapar sepertiku.Aku naik  dan terus ke biliknya.Pintu biliknya tidak terkunci,aku sudah memberi salam namun tiada jawapan.Disaat aku memulas tombol pintunya,dia keluar dari bilik airnya.Dengan hanya berpakaian tuala ,dia memandangku.Lidahku menjadi kelu."Awak nak apa masuk bilik saya?Sape bagi awak kebenaran untuk masuk?Awak sekarang ni duduk kat rumah saya,so awak kena la ikut cara saya."Aku tunduk ke bawah.Pipiku terasa bahang dengan kata-katanya.Setelah seminit berlalu,aku bersuara"Abang,Fie nak tanya.Barang- barang kat dapur tak ada untuk masak.Malam ni abang nak makan apa?"Dia terdiam sejenak memikirkan sesuatu."Saya akan keluar beli makanan.Jadi awak just bagitau saya apa yang awak nak makan.Esok lepas saya balik kerja,kita keluar beli barang dapur."Selera makanku terus mati.Begitu dingin layanannya terhadapku.Malam yang seharusnya menjadi memori indah menjadi malam yang hambar untukku.
Keesokan hari ,selepas solat subuh,aku membaca al-quran.Setelah selesai bersiap,aku turun dan di atas meja aku terlihat bungkusan makan ,yang sepatutnya aku jamah semalam masih lagi  tidak terusik.Hatiku tawar melihat makanan itu.Kusimpan makanan itu di dalam peti ais.Sarapan pagi  yang pertama untuk suamiku ialah roti dan mentega.Dah itu je barang yang ada kat dapur.Tepat pukul 8.30 suamiku turun,dengan pakaian kerjanya.Dia terus mengambil roti itu dab berlalu.Tanpa ku sempat menyalami tangannya,dia terus masuk ke keretanya dan meluncur keluar.Aku menghabiskan masaku dengan mengemas dapur dan bilik tidurku.Kemudian,aku memasuki bilik tidurnya,aku mengemas biliknya .Bilik suamiku sangat bersih.Rupa-rupanya suamiku ni kemas orangnya.Aku membuka almarinya dan mengambil baju kerjanya untuk di gosok.Petang,aku sudah bersiap dan hanya menunggunya pulang.Pukul 5.30 petang ,kereta suamiku sudah terpacak diluar.Aku keluar dan menuju keretanya.Dia melihatku dengan muka yang hairan."Awak nak apa datang sini?"Ahh..Malunya aku.Aku dengan muka tebal cakap"Bukan ke abang kata nak gi beli barang dapur?"Dia pun terus mengangguk dan kami pun pergi la ke Giant.Aku ni dah la 19 tahun,yang dia tu dah 26 tahun, tapi bab barang dapur hampeh.Macam mana la dia survive kat Australia??Pelik betul,takkan asyik makan luar je.Aku ambil je banyak barang-barang dapur.Alang beli,biar beli banyak terus.Dia pun macam tak kisah je aku amik banyak-banyak.Last-last,harga semua barang -barang dapur tu RM125.75.Lepas tu dia terus bawak aku gi makan .Yelah dah penat beli belah,takkan la nak masak.Nasib baik la dia memahami.Ke memang dia takut aku masak tak sedap.Aku ni nak cakap masak pro tak ada la tapi boleh la masak yang biasa-biasa tu.First time aku makan berdua dengan dia.Apa aku rasa??Mestilah happy sangat sebab dia kan suami aku.Aku suka la keluar makan dengan dia.Tapi muka dia macam hambar je.Aku order nasi goreng kampung dan dia pula order mee hoon goreng.Aku terasa kekok pulak bila sunyi je.Dalam hati ,aku dok berdoa je yang dia akan memecahkan kesunyian ni.Aku kan perempuan ,memang la isteri tapi kan mesti la aku malu.Tiba-tiba je dia tanya aku 
"Awak ni 19 tahun kn?Belajar kat mana?"
"Kat Uitm Sekudai."
"Jauhnya.Jadi bila start balik kelas?Amik course pe?"
Dalam hati aku,rasa macam kena interview pulak,tapi bagus gak.Boleh la dia tahu pasal aku.
"Minggu depan.Amik course Accounting je.Abang pulak kerja kat mana?"
"Saya kerja kat Petaing Jaya.Jadi awak nak saya hantar awak ke awak nak balik sendiri? "
Soalan logik ke tanya aku,samada aku nak balik macam mana.Mesti lah dengan dia.Selama ni kan ayah aku hantar.Sekarang tanggungjawab dia la pulak.Ish-ish dia ni.
"Selama ni ayah yang hantar saya,tapi kalau abang tak boleh hantar Fie .Tak pe nanti Fie usahakan untuk balik."
 "Ehh,Tak ada la.Saya tanya aje.Awak jangan risau,saya hantar awak.Awak tak rasa pelik ke ?"
"Pelik dengan apa?Semuanya ok aje." 
"Dengan perkahwinan ini?Kan awak masih muda lagi.Takkan awak tak nak menikmati hidup ni sebelum kahwin?Saya pelik la macam mana awak boleh terima dengan mudahnya."
Soalan itu membuat suapanku terhenti.Hatiku seperti dicarik-carik.Pedihnya hanya Tuhan aje yang tahu.Sampai hati dia tanya aku soalan cam tu. 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment