Saturday, December 11, 2010

Betulkah aku bukan untukmu ep 1

Kini sudah tiba masa yang di nantikan,hari terakhir pelajar tingkatan 5.Setelah 5 tahun hidup bersama,banyak kenangan manis mahupu pahit."Wei korang jom amik gambar..Nanti aku rindu ngan korang boleh akun tengok gambar ni..Cepat..Effa dah-dah tu..Kemas nanti..Cepat masuk dlm gambar."
Snap!!Semua pun mula berkerumun nak tengok gambar."Korang,janji tau even though dah habis sekolah ,kita akan tetap jadi kawan rapat forever".Zulaikha seorang yang suka mengambil gambar dan memang peramah..kekadang terlebih peramah..Amanda pulak jenis yang suka shopping and get together..Nuralisa..Sedap nama dia..Dia ni member yang paling supporting and genius..lagi maths tambahan..Lagi satu member aku ni Azura ,dia ni suka membaca novel dan kekadang berkhayal..Comel pun ada..Last sekali aku,nama penuh aku Effa Liyana bt Daruis..Kiteorg dh jadi member 5 tahun..Dalam masa 5 tahun ni,banyak telah kite lalui..Sekarang dah habis sekolah..Sebab sayang sangat kat friendship ni,kite org semua janji akan berkumpul dalam a year tu mesti ada sekali..Aku pulak sekarang tengah sibuk nak kemas barang -barang aku..Ayah aku nak datang dalam 2 jam lagi..Takutlah x sempat kemas..Nanti kesian ayah aku nak kena tunggu aku.
"Korang jom tolong sikit si Effa tu kemas buku dia kat loker dia tu..Kesian pulak aku tengok dia kemas."
 "Ehh tak payah la..Susahkan korang je..Ni salah aku,tak packing awal-awal." 
Kelas yang tadi mulai diam ,mula kecoh bila geng Daniel masuk.Geng Daniel ni memang suka buat kecoh kat mana-mana.Kekadang naik meluat tengok geng diorg ni.Geng Daniel ni ada dalam 7 orang.Asyraf,Farhan,Arif,Johan,Zahid,Ruslan and yang pastinye ketuanye is Daniel la..Aku pelik bila tengok ada jugak perempuan yangminat si Daniel tu..Aku ni tak kuasa nak tengok muka dia pun.
"Daniel,kate tadi nak jumpa dia.Sekarang dah sampai gi la jumpa dia.Malu-malu pulak ." 
"Sabar ahh Asyraf,kau ni.Kau jangan cari pasal dengan aku.Aku ni tak de mood ni." 
 Daniel yang penyibuk tu tetiba je datang dekat aku.Memang dari dulu lagi aku benci dia.Semuanya bermula sebab satu note dia bagi kat aku.Eish-eish macam tak matang pun ada,tapi apa aku kisah dah dia mulakan dulu.Masa tu aku darjah 3,kebetulan memang aku sekolah sama dengan diaAku baru transfer sekolah dari penang ke kl.Jadi bila masuk kelas ,cikgu terus suruh aku duduk sebelah dia sebab sebelah dia je tempat kosong.Aku pun duduk la.Bila dah start belajar je dia buat bising.Aku buat -buat tak nampak dia.Malas nak layan.Adalah juga bebrapa orang budak -budak kelas aku tegur.Tapi dia nak tanya nama aku pun kasar.


"Nama kau apa ??Kambing yeh??Memang sesuai pun."
"Ehh suka hati je nak panggil kambing.Dah la malas aku nak layan kau."


Boleh pula lepas aku cakap macam tu,dia tarik rambut aku.Macam nak tercabut rambut aku.Pastu mula  la adegan kejar - mengejar.Meluat betul perangai.Benci,benci,benci.Sepanjang tahun memang aku kena buli lah dengan dia.Masa hari dapat report kad,aku doa sangat tak satu kelas dengan dia.Tak kisah lah kalau aku kena turun kelas.Alhamdulilah,aku dapat kelas lain.Aku dapat masuk kelas ke -4 dan dia pula masuk kelas pertama.Bukan main gembira aku,biar aku turun kelas tapi yang penting tak sama kelas.2 tahun aku hidup happy sebab si pembuli tu dah tak kacau hidup aku.Tahun nak UPSR,ada program minta maaf.Masa aku tengah nangis-nangis sambil salam-salam dengan kawan aku,kawan aku Fakhrul Wafi jadi postmen tak bertauliah bagi aku satu surat atau lebih layak dipanggil note.Note tu aku buka ,then aku bukan main terkejut.Tengok-tengok si pembuli tu nak minta maaf,tapi nampak macam tak ikhlas je.Aku pun buang je la.Menyakitkan hati aku je kalau aku simpan lagi lama.Start dari situ memang kite orang macam musuh.Lepas UPSR,dia memang dah jarang sangat datang sekolah.Tup tap tup tap,dapat result UPSR.Aku pun ditawarkan masuk sekolah asrama.Tapi dah takdir Allah ,aku dengan si pembuli tu sama sekolah lagi.Tapi dia masa kat sekolah menengah tak banyak bertegur dengan aku.Cuma apa yang aku selalu nampak memang dia pembuli la.Tu memang perangai dia.Tukar -tukar pasangan is normal untuk dia.


"Ermm Effa,kau kat sini lagi?"Muka Daniel yang berkerut memandang hairan kat aku.
"Ohh ,haah kau nak apa jumpa aku?Suara aku tu aku saje cakap tegas ,nak cover mengkhayal tadi.
"Effa,lepas ni kite dah nak berpisah dah.Hope tak lose contact dengan kau.So aku nak minta number fon kau.Maybe kau boleh bagi aku?"Dalam kepala aku berserabut aku fikir motif dia yang bagi aku tak kukuh nak number fon aku.
"Kalau aku bagi,aku tak nak kau buat benda-brnda pelik dengan number aku.Faham??"Cakap dengan Daniel ni,kena garang baru dia tau.
Daniel hanya mengangguk,aku pun tulis la kat kertas.Malas nak cakap lama-lama dengan dia.Lepas dia minta number aku,dia dan geng dia terus keluar kelas.


Lepas dapat result SPM,aku pun isi la borang UPU.Aku cadang nak ambil asasi Sains Hayat kat Universiti Malaya.Lepas puas mengisi .Aku pun turun,family aku tengah tunggu tetamu istemewa tu kata mak aku.Tetamu ni kawan lama mak dan ayah aku.Aku pun tak kenal siapa tetamu istemewa tu.Daniel adalah juga contact dengan aku.Kekadang pelik bila ingat yang aku dengan musuh yang saling contact antara satu sama lain.Daniel selalu contact aku ni bukan macam yang aku kenal selama ini.


"Asalamualaikum".Aku pun turun tak sampai lima minit.Aku bersalaman dengan tetamu yang tiba.Baru nak tutup pintu,tiba-tiba pintu ni rasa macam di tolak.Rupa-rupanya ada seorang lagi tetamu yang tak masuk dalam rumah lagi.Anak kawan mak aku.Lelaki tu nampak kemas dan mempunyai gaya yang tersendiri.Aku pun masuk dapur tolong mak,biar ayah layan tetamu dulu.Bila kerja kat dapur dah selesai,aku pun duduk kat luar.Mak dan ayah nampak benar-benar mesra dengan tetamu.


"Asalamualaikum,boleh saya duduk sekali dengan awak?"Aku yang tengah tengok kolam ikan macam nak terjatuh dalam kolam ikan tu.Mana tak nya,aku boleh dapat heart attack.
"Waalaikumusalam,duduk je la."Aku membalas senyum dia,nak cover terkejut.Aku pun terus memandang kolam ikan tu.
"Awak ni suka ikan ke?Nampak tadi macam nak berenang sekali dengan ikan kat kolam."Aku dengan dia pun gelak serentak.Rupanya dia memang perasan yang aku terkejut dengan dia.Lepas tu kite orang borak biase.Tapi masa tengah borak-borak tu,ada incoming call.Aku pun pergi la kat bilik aku nak jawab fon aku.Cuba teka siapa yang call.Daniel call aku.Tergagap aku nak cakap dengan dia.Dah dekat 4 bulan tak jumpa.Hanya balas message je.


"Hello,Effa how are you??"
"Hello,Danny,I ok je.What about u??U sihat tak??"
"Just now I was so sick but now I'm feeling much much better.Sebab I dengar suara u."
Aku bergayut fon dengan Daniel lebih kurang 2 jam.Entah la kenapa lately ni ,feeling aku dah lain kat Daniel.


Bulan 6,aku dapat result UPU.Daniel dengan aku memang dah di takdirkan masuk Universiti dan course sama.Asasi ni setahun.Memang since aku masuk kat Universiti ,aku makin rapat dengan Daniel.Tanpa Daniel aku selalu rasa sunyi.Daniel dah lain dari dulu.Sekarang dia caring dan so sweet.Muka aku ni kalau dengan dia tak terputus senyum.Satu hari ni lepas dah 2 bulan kat Universiti,Daniel ajak aku makan dinner dengan dia kat satu restaurant dekat taman permainan.Masa makan tu muka dia nampak macam tak tentu arah.Aku pun tak nak buat dia tertekan so aku diam je la.Buat -buat tak nampak dia risau.Then kite orang jejalan kat taman permainan.Main buaian,dia tolak buaian tinggi.Aku rase macam happy sangat time tu.Tiba -tiba dia suruh aku duduk je kat buaian dan tengok apa yang dia nak buat.Musik McFly,It's all about you terkeluar dan Daniel nyanyi lagu tu.Lagu yang aku paling suka.Entah macam dia tahu.




Yesterday, you asked me something I thought you knew.
So I told you with a smile 'It's all about you'
Then you whispered in my ear and you told me to,
Say 'If you make my life worthwhile, it's all about you'


And I would answer all you're wishes, if you asked me to.
But if you deny me one of your kisses, don't know what I'd do.
So hold me close and say three words, like you used to do.
Dancing on the kitchen tiles, it's all about you.
Yeah...


Then dia bagi aku 3 bunga rose merah.Daniel melamar aku jadi teman wanita dia.

"Effa,I tak tahu nak bagitahu u macam mana apa yang I rasa.Sebenarnya dah lama I sayang u.Cuma u je yang tak nampak.Dari sekolah rendah lagi.So will you be mine?

"Danny perempuan mana yang akan tolak u,after u buat something yang sweet macam ni."
Daniel memeluk aku.First time tu.Tak pernah mana -mana lelaki yang peluk aku.Biar Daniel jadi yang pertama dan yang terakhir,itu doa ku.

Hidup aku berubah seluruhnya.Hatiku hanya umtuk Daniel.Kekadang terasa seolah-olah memang kami ditakdirkan untuk bersama .Biarpun aku pernah benci dia tapi ternyata benci itu merupakan suatu tarikan kepada Daniel.

"Effa,saya suka la bila awak senyum.Nampak cute sangat.Kalau boleh saya bak awak selalu senyum je." Aku hampir nak tersedak minum air.
"Apa la awak ni,malu saya dengar cakap macam tu."
"Tapi benda tu memang betul pun."Muka aku rasa panas .Malu nya.
"Yela awak .Masa senyum je la cute,masa masam tak cute ke??"
"Saya tak cakap macam tu pun,awak tetap cute even you are smiling or moody.You will always be the cuttiest women in my life."Daniel memegang tangan ku.Seolah-olah ingin menyakinkan ku dengan kenyataannya.

Masa berlalu dengan pantas.Kini genap la 10 bulan aku secara rasminya menjadi girlfriend Daniel.Tak lama lagi nak dapat result untuk permohonan UPU bagi meneruskan pengajian ke peringkat ijazah.Aku mohon dalam bidang farmasi di Universiti Malaya.Tapi aku tak sure Daniel memohon untuk course apa.Namun aku yakin bahawa kami sentiasa membuat pilihan yang sama.Dalam masa sebulan tu,aku akan dapat resultnya.

Fon aku berbunyi,tetiba masa aku tengah tengok cerita pearl habour.Kacau daun betul.Ada mesej.Hopefully Daniel,tak ada la rosak terus feel nak tengok cerita romantik tu.
"Sayang ,you tengah buat apa??I miss you la.."
Sender :Danny
"I tengah tengok movie pearl habour..Sweet sangat..Saya tak miss awak :P"
Sender:Effa
"Tipu la tak rindu..Saya tau awak rindu saya..Sape lagi sweet saya ke pearl habour?"
Sender :Danny
"Mana ada saya tipu.Betul la saya tak rindu awak..Awak je perasan sesorang..Mestila pearl habour lagi sweet ..Lagi2 Josh Hartnett..."
Sender :Effa
"Ni yang nak merajuk ni.:("
Sender :Danny
"Awak..jangan la macam tu..Kalau awak merajuk nanti sape yang saya nak rindu ??"
Sender:Effa
"Ehhh..awak rindu saya la ni...Gotcha.."
Sender:Danny
"Memang you gotcha me..Dari dulu lagi..haha.."
Sender:Effa
"Sayang ,esok keluar jom..Gi jejalan kat Klcc.."
Sender:Danny
"Awak mak saya tu dah jeling2 saya ni.. Ok la..esok pukul 10 pagi..jumpa kat Kl sentral..k..bye..miss you..segan pulak nak cakap..hehehe..I love you..tc..muahhhh.."
Sender:Effa
"Sayang ..........i love you..miss you ...hope you dream of me..cause I always dream of you..bye.."
Sender:Danny

Hati aku berbunga riang..Daniel kau la satu-satunya lelaki yang aku benarkan dalam hati aku.Punya la dulu aku benci kau bagai nak rak but love changes people..It changed me .Aku nak bagi tahu dia yang pasal permohonan UPU aku.Alhamdulilah ,apa yang aku mohon aku dapat..Harap -harap dia pun macam tu.

Pukul 10 pagi aku dah sampai kat Kl Sentral..Nampak la bayangan lelaki yang aku sayang sangat tengah tunggu aku..Dress gun and roses merah aku ni sedondon dengan t-shirt merah dia.Macam dah janji pula.

Kiteorang jejalan ,tengok wayang .Melepaskan rindu .Dah lebih kurang sebulan lebih tak jumpa.Aku dah tak sabar nak bagi tahu dia pasal UPU.

"Emm Danny,saya nak bagitahu awak something."Danny terus memandang tepat ke arah muka aku.
"Apa dia ,awak?Awak jangan buat saya takut."Aku tersenyum.
"Danny,saya masuk Universiti Malaya dalam bidang farmasi.Mesti sama dengan awak.Betul tak?Muka aku tak putus -putus senyum kerana aku yakin bahawa dia pasti akan memohon bidang yang sama di universiti sama,sebab itulah yang terjadi selama ini.
Danny terdiam.Mukanya nampak serba salah.Seperti ada sesuatu yang dia sembunyi aku.
"Danny,kenapa ni?Is that something wrong.It's ok,just tell me.Please jangan sembunyikan apa-apa dari saya."Hati aku tak keruan memikirkan reaksi Daniel.
"Effa..Sebenarnya saya ada benda nak bagitahu,saya tak tahu apa saya nak buat."
"Danny saya janji apapun bendanya,saya akan hadapi dengan awak."
"Awak,saya dapat tawaran belajar dalam bidang kedoktoran di Rusia."Daniel mengeluh.
"Berapa lama awak?Kenapa tak bagitahu saya?"
"6 tahun.Awak,kalau awak tak nak saya pergi,saya takkan pergi."
"Ehh..Jangan cakap macam tu.Saya nak awak pergi,ni masa depan awak.Jangan sebab saya ,awak tak capai impian awak."
"Tapi saya pergi ni bulan sebulan  dua,6 tahun,lama sangat ."
"Lama sangat ke awak ragukan cinta saya.Saya nak awak pergi ,capai impian awak.Ini untuk kita juga."
"Sayang,saya janji bila saya habis belajar 6 tahun,saya akan pinang awak."
Hari berganti hari,perasaan sayang bertambah menguasai hati ini.Masa berlalu dengan pantas.Tiba jua akhirnya saat permergian Daniel ke Rusia.Hati ni terasa berat nak lepaskan dia,tapi akan ku gagahi diri ini .Malam sebelum Daniel berangkat,dia call aku.Aku masa tu memang tengah tunggu call dari Daniel.
"Assalamualaikum,sayang.."
"Walaikumsalam awak."Kami berdua membisu seketika.Seolah-olah kami kehilangan kata-kata.
"Effa,awak tahu kan kalau awak suruh saya jangan pergi,saya takkan pergi even kalau awak beritahu saya sekarang.Because you know it won't be easy."
"Awak,please pergi,ni impian awak,masa depan awak.Awak jangan risau .Insyallah everything will be fine as along as we have trust."
"Sayang ,I won't forget how you smile or laugh.Or how the way you walk and talk.Cause i love you sayang."
"Awak,saya pun sayang awak.Saya akan tunggu awak sampai awak dah habis belajar.Itu janji saya."tersendu-sendu aku cakap.
"Sayang,tengah nangis ke?"Suara Daniel yang agak bimbang.
"Macamana awak tahu?"
"Sayang,please jangan macam ni.Awak buat saya susah hati.Awak serius nak saya pergi?Plus ,awak,saya kenal suara awak even time menangis."
"Daniel ,awak cinta pertama saya..I love you.Kalau awak rasa tak senang kat sana ,awak ingat lah kat masa depan awak."
"Sayang,tu akan menjadi masa depan kita."
Kami berborak sampai larut malam.Setelah selesai bergayut,aku memasang mp3 aku,nak menenangkan jiwa aku yang bergelora.Suddenly lagu Mengenangmu-Kerispatih berkumandang.Lagu tu mengingat kan aku kat Daniel.Aku pun hantar message kat Daniel.

"Awak,lagu Mengenangmu-Kerispatih ni mengingatkan tentang cinta saya pada awak.Saya akan jadikan lagu ni sebagai tanda cinta saya kat awak.Miss you already. :("
Sender:Effa
"Sayang,i love you so much.I hope this is the right decision.Miss you too..:("
 Sender:Daniel

 Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …
Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …


Biarpun 5 bulan Daniel dah pergi ke Rusia namun aku tetap dapat rasakan kehadiran dia di sisi aku.Memang aku kemaruk dengan cinta aku.Tapi salah ke aku kemaruk?Aku memang sayang kat dia.Message kekawan rapat sekolah aku,kekadang aku reply atau langsung tak reply.Bila reply pun macam sambil lewa.Entah la kenapa aku rasa tak terdaya.Macam jiwa aku ni sesak dengan rindu.Tak ada satu khabar berita pun dari Daniel.No emails,message or letters.Nothing.So bayangkan apa yang aku rasa.Tapi aku percaya kat dia but takkan satu khabar berita dia tak bagi aku.Lagu Mengenangmu berkumandang kat handphone,siapa la nak call aku ,ganggu aku ingat kat Daniel je.
"Hello.Assalamualaikum,Effa ingat tak ni siapa?"
"Hum ni Amanda kan.Ada apa call?"
"Ehh ko ni.Macam tu kau layan aku.Sampai hati kau."
"Jangan la macam tu,aku ni tengah moody sikit .Sorry."
"Sorry naik lori la.Ni mesti pasal Daniel kan.Tak habis-habis Daniel.Effa sedar tak yang dia tak bagi khabar berita kat kau.Not a single word,just dissapear like that."
"Amanda try to understand me.I love him.Why are you saying like this as if he is bad."
"But he is.Effa ,he don't deserve you.By the way aku nak cakap,esok kita nak gathering kat rumah kau .Remember it's your turn  for the gathering ."
 "Yelah -yelah,datang tau.Ok la.Aku nak tidur."
Aku mematikan telefon.Amanda,terlalu konservatif dalam hal ini.Daniel tidak lah seburuk yang di sangka .Aku memaksa mataku untuk lelap.Nak bangun awal esok untuk preparation member nak datang.Daniel,Daniel,everytime you go away,you take a piece of me with you.Aku mematikan lampu bilikku.

Keesokan harinya.Member-membeer aku ,datang .First impression bila dah setahun lebih tak jumpa. Amanda bertambah bergaya.Havoc nak katakan.Zulaikha pula nampak makin berseri.Maklumlah dia kan dah jadi tunang orang.Lepas dapat result SPM,ayah dia terus tunangkan dia.Nurlisa ,dia akan melanjutkan pelajaran ke Rusia juga in medicine but 1 tahun lagi.Twining program kalau tak silap aku lah.Harap-harap nanti Daniel boleh tengokkan dia.Azura masih seperti dulu,tak ada yang lain.

"Effa,kau ni diet terlebih ke apa?Turun gila berat badan kau.Obvious kot."Mata Zulaikha memandang aku dari atas ke bawah.
 "Mana ada.Biasa-biasa.."Belum sempat aku nak jawab.Amanda dah memotong.
"Ini tak lain kalau bukan sebab Daniel.Effa jangan macam ni la.Cuba jaga diri sikit."Muka aku dah berubah dah.Benci bila orang kaitkan Daniel dalam benda macam ni.
"Dah la tu korang,this is moment for fun,not emo-emo." Azura meleraikan ketegangan yang berlaku.
Kami spend time dengan gossip dan cerita tentang kehidupan kami.Seronok tapi hati aku macam biasa tetap merindui Daniel.

Sekarang dah masuk 1 tahun setengah Daniel pergi,kasihku masih kukuh seperti dahulu.Rinduku membuak di jiwa ,aku hanya pendamkan seorang.Aku lagi 3 tahun akan jadi pharmasist.Daniel akan balik 4 tahun lagi.Biarpun tiada berita tentang dia,tapi aku yakin dengan sepenuh hatiku,bahawa dia adalah untukku tapi pernah juga aku terfikir betulkah aku ni untuk dia atau aku ni sememangnya bukan untuk dia.

Masa aku kat hostel Universiti aku, aku dapat panggilan dari mak.suruh aku siap.Katanya emergency.Hati aku tib-tiba tak tenang.Macam ada sesuatu yang akan berlaku.

"Mak .ada apa ni?Kenapa mak sedih-sedih?"Aku terus tanya ibuku,apabila aku didalam kereta.Muka ibuku penuh dengan kedukaan.Ayahku pula mukanya serius.
"Effa,kawan mak yang 2 tahun lepas datang ke rumah kita,suami dia nazak sekarang."
"Aunty Leha punya suami.Nazak!Mak bawa bertenang ,mak jangan macam ni." 
 
Ayah pandu dengan secepat mungkin.Akhirnya tiba jua,rupanya rumah mereka tak begitu jauh dari Universiti aku.30 minit perjalanan.Sampai saja,kami terus berjumpa dengan Aunty Leha.Mukanya pucat dan sedang menangis.Ayah terus pergi ke arah Uncle Rahman.Ayah sedang bercakap dengan Uncle Rahman,mengajar Uncle Rahman mengucap.Anak lelaki mereka  ada disisi ayahku.Tiba-tiba, Uncle Rahman sesak nafas.Uncle Rahman memanggilku datang ke sisinya.

"Effa.Uncle nak minta sesuatu dari Effa."Nafasnya yang tidak stabil menyukarkan percakapannya.
"Ya Uncle.Uncle bagitahu Effa ,insyaallah Effa tunaikan selagi mampu."
"Uncle nak Effa jadi menantu Uncle.Memang itu hajat Uncle dari dulu lagi,nak bebesan dengan mak dan ayah Effa.Effa kahwinlah dengan Haikal."
 Hatiku tersentap mendengar permintaan Uncle Rahman.Di masa yang sama,tanganku sudah berada dalam genggaman Haikal.Uncle Rahman akhirnya pulang ke rahmatullah.Fikiranku kacau bilau.Buntu.Bagaimana untuk aku menidakkan perkahwinan ini.Jika aku ditanya sudahkah aku mempunyai calon pasti mereka akan menganggap tidak kerana memang,aku tidak pernah mengkhabarkan mereka tentang Daniel.


Aku melarikan diri setiap kali soal perkahwinan itu dibangkitkan.Malah aku tidak mengambil tahu langsung  tentang persiapan majlis perkahwinan aku.Apa yang hanya aku fikir adalah bagaimana aku harus beritahu pada Daniel.Aku tak berhubung dengan dia.Bakal suami aku ,Haikal,selepas hari Uncle Rahman meninggalkan dunia,itulah kali terakhir kami berjumpa.Aku pernah mendapat call dan message dari Haikal ,tapi tak pernah aku balas.Makin benci adalah.
 

No comments:

Post a Comment