Hari perkahwinan aku makin dekat.Tinggal lagi seminggu aku akan menjadi milik sah kepada lelaki bernama Wan Haikal.Lelaki yang langsung tidak kucintai .Hampir setiap malam aku menangis memikirkan cintaku pada Daniel.Seumur hidupku telah dipenuhi dengan bayangan Daniel.Hari ini ,mak sudah mengeluarkan arahan agar aku keluar bersama Haikal untuk mencari cincin perkahwinanku.Nak tak nak aku dah tiada pilihan lain melainkan hanya menurut perintah mak.Aku memakai blouse cream dengan seluar slack.Mukaku hanya di sapu bedak asas sekadar untuk kelihatan segar.Jangan harap aku nak berhias semata-mata nak keluar dengan dia.Haikal tiba dirumahku lebih kurang 12.15.Kami terus keluar ke bandar yang berdekatan.Tiba di shopping complex,kami berjalan-jalan ,masuk ke beberapa kedai emas.Dia je banyak cakap,aku sekadar menurut sahaja.Kalau ikutkan hati mahu je aku tinggalkan dia,tapi aku masih tahu menghormati dia.Disetiap saat hatiku pasti berkata alangkah indah jika Daniel yang sedang bersamaku memilih cincinku.Setelah pergi ke beberapa kedai emas,akhirnya kami pergi ke food court.Aku hanya membeli jus mangga,manakala dia pula membeli jus belimbing dan nasi goreng pataya.Sedang aku berkhayal,tiba-tiba dia bersuara
“Effa,boleh Haikal tanya sikit?”Matanya memang fokus dekat aku.Aku macam agak terkejut dan mengelabah bila dia bersuara.Ingatkan kita orang akan diam je.Tak expect pula dia nak tanya-tanya.
“Tanya apa?Kalau boleh kita jawab la.”Riak mukaku jelas mengambarkan betapa aku tidak ikhlas untuk bercakap dengannya.Mataku sengaja aku pandang ke tempat lain.Buat apa nak pandang dia,lagi bagus pandang dinding ke lantai ke siling.Tak menyakitkan hati aku.
“Effa dah buat keputusan nak pilih cincin mana?Haikal rasa banyak aje cincin yang cantik tadi.”
“Awak pilih la yang mana awak rasa okey.Kita tak kisah.”Sengaja aku menjawab begitu biar hati dia terbakar dengan ketidak sungguhan aku mencari cincin perkahwinan aku.
“Kalau boleh Haikal nak Effa yang pilih.Haikal tak kisah kalau Effa nak pergi tempat lain untuk cari cincin tu.”Mukanya penuh tenang tanpa sedikit marah pun pada sikap ku acuh tak acuh.
“Yelah-yelah nanti kita pilih.”Sejurus itu kesunyian mulai menguasai diri kita orang.
Lepas jejalan sekitar shopping complex ,akhirnya aku pun pilih je la kedai Poh Kong.Mataku tertangkap sebentuk cincin yang simple tapi cantik.Sesuai dengan citarasa aku tapi bila aku dapat tahu aja harga cincin tu hati aku tak jadi nak pilih.Mahal sangat untuk sebentuk cincin je.Rm10 000 punya banyak kosong kat belakang,kalau dua kosong je okey la ni sampai empat kosong.Kata pekerja cina Pei Jing ,emas itu emas tranz,buatan italy.So workmanship banyak tinggi.So mata aku pun mula meliar nak cari cincin mana yang akan menjadi teman jari manisku nanti,tapi kena cari yang murah aja.Tak kuasa nak beli mahal.
“Miss,can I see that ring?”Telinga aku tertangkap suara Haikal.Kata nak suruh aku yang pilih tapi ni dia yang pilih .Cakap macam apa la.Geramnya.
“Of course sir.Just now that young lady with you was also looking at the same ring.I guess you and her have the same taste.”Pekerja cina tu becok melayan Haikal.Saat itu mata Haikal memandangku.Aku terus melarikan pandanganku.Biarlah dia nak buat apa,kalau dia tau harga cincin tu baru dia tahu mahalnya.
Melihat Haikal busy dengan pekerja cina tu,aku pun pergi keluar kedai emas tu.Malas nak duduk dalam tu lama-lama.Seminggu lagi,aku akan menjadi milik orang.Daniel seandainya kau ada ,pasti ini tidak akan terjadi.Sesungguhnya aku amat mencintai kau.Inginku bersamamu ,menghabiskan sisa hidupku.
“Effa,nak gi mana -mana lagi ke?Haikal dah uruskan cincin kahwin.Haikal jadikan cincin kahwin itu hadiah Haikal untuk Effa.”Aku mengeleng kepala,kakiku sudah kepenatan berjalan ataupun hanya hatiku sahaja yang penat.Entahlah.Aku mahu pulang agar aku tidak teringat tentang dia ataupun perkahwinan itu.Hanya akan menyiat-yiatkan perasaan aku.
Hari perkahwinan bakal menjelang esok.Setelah bertunang selama satu tahun.Kini tiba la hari yang sentiasa aku doa agar hapus dari calendar .15/05/10 ,tarikh yang akan menjadikan aku hak orang.Upacara berinai baru sahaja selesai.Inai di tanganku sungguh merah.Baju kebaya ungu itu aku pandang dengan sepi.Secantik mana pun baju itu takkan mampu membeli cintaku yang telah lama aku serahkan pada Daniel.
Malam itu hatiku tidak tenang,menangis airmata darah pun majlis itu tetap akan berlangsung.Aku berasa bersalah kerana mengkhinati janjiku untuk tunggu Daniel.Aku mengambil sebatang pen dan sehelai kertas kajang.
“Salam,buat Daniel yang kini di rantauan,
Effa mula-mula nak cakap yang Effa minta maaf sangat sebab tak tepati janji kita.
Untuk tunggu Daniel adalah sesuatu yang indah biarpun rindu selalu bertamu di hati.
Effa tak berniat untuk menyakiti hati Daniel.
Sekalipun tak terlintas.
Effa esok akan berkahwin dengan pilihan mak dengan ayah Effa.
Effa nak ucapkan terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup Effa,
mencintai dan mengasihi Effa sepanjang ini.
Setiap saat Effa selalu rindukan Daniel.
Effa tahu Daniel mampu mencari yang lebih baik.
Kalau Daniel membenci Effa ,Effa takkan salahkan Daniel.
Sebab Daniel tak bersalah dalam hal ini.
Tiap-tiap malam Effa berdoa agar ini hanya mimpi buruk.
Tapi ini adalah kenyataannya.
Esok Effa akan menjadi hak dan milik orang
tapi perasaan ini akan kekal menjadi milik Daniel.
Itu sahaja yang Effa mampu buat untuk cinta Effa pada Daniel.
Sekali lagi Effa ucapkan terima kasih untuk segalanya dan
mohon maaf kerana tak menunggu Daniel.
Sayang Effa.
Dengn sekali lafaz aku menjadi milik Wan Haikal bin Wan Abdul Rahman.
“Aku terimanya nikah Effa Liyana binti Daruis.
No comments:
Post a Comment